Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Monday, December 28, 2009

Isu Perkauman

Isu perkauman di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi.

Melayu, India, Cina semuanya dok kata mengata, caci mencaci.

Malangnya, orang Melayu tak boleh langsung nak pertahankan diri

Cakap sikit pasal Melayu je, Cina kata kita perkauman

Cakap sikit pasal Islam, India pun kata kita perkauman

Tapi diorang nak cakap pasal Melayu, kita tak boleh melawan

Kalau dilawan, kata perkauman.

Sesuka hati mak bapak dia je kata pasal ketuanan Melayu

Sesuka hati tok nenek dia je nak komplen pasal peruntukan mesjid 

Lu semua dah dapat duduk aman kat Malaysia ni, sedarla diri

Tapi ada yang paling gua benci...

Bila ada Melayu yang kutuk bangsa sendiri

Sanggup jual bangsa untuk kepentingan peribadi

Ada hati pulak nak jadi, Menteri hatta Perdana Menteri

Padahal perangai buruk, terkutuk dan terkeji

Lu orang tengok la kat dalam PKR, PAS, waima dalam UMNO sendiri

Ada bangsat2 yang dah lupa asal-usul, kerana mengejar cita-cita tinggi

Sakit hati betul gua dengan diorang ni

Kalau gua jumpa depan mata, memang gua maki...

Takpun, gua pijak-pijak je muka ngan tapak kaki....

Lu orang ada berani?? Gua berani!!

Wednesday, December 16, 2009

Anwar hampir jadi PM...

Kelmarin Anwar hampir-hampir jadi PM bila usul Bajet 2010 diundi belah bahagian...

Nasib baik la tak jadi kenyataan

Huuiiiii...ngeri betul kalau gua nak bayangkan....

Anwar, si pengkhianat bangsa dan negara nak jadi ketua kerajaan.....

Habis la UMNO & BN, mati beragan...

Wahai ahli-ahli Parlimen BN sekalian

Bukakla mata, tajamkan penglihatan

Pasang la telinga, luaskan pendengaran

Guna la akal, fikirkan strategi lawan

Jangan dok leka je, rajin2 pegi dewan

Jangan orang lain je bersidang, awak lepak kat golf club dengan kawan2

Nanti tak pasal2 Pakatan Rakyat tubuh kerajaan

Lepas tu  lu orang semua nak buat apa? Nak bising, nak lawan?

Boleh ke, tuan? Senang ke, tuan?

Panggil tuan je la, nak panggil YB, entah2 dah kena lucut jawatan...

Rakyat dah pilih, amanah tu, kena jaga, tak boleh nak berangan

Ini masa untuk perform, PM kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan 

So, pegi la dewan, kalau tak nak berbahas pun, janji ada dalam dewan

Halooo, kalau tak minat bersidang, jgn jadi wakil rakyat, berenti la, bagi la orang lain can..

Gua tak nak kerana sekor dua mangkuk hayun macam lu orang ni, BN yang menanggung beban..

Tolong cek balik lu orang punya tanggungjawab dan peranan...

Yang dah lepas ni jadikan pengajaran....

Gua tak nak tengok kerana kebodohan lu orang, BN kempunan!!!

Wednesday, December 9, 2009

Orang Kita

Malaysia kita..


Kita mengaku kita rakyat malaysia..Tetapi. ....
Sudah lebih 52 tahun kita semua hidup dibumi Malaysia tetapi masih ramai yang tidak tahu berbahasa Malaysia..
Kita malu untuk menggunakan barang buatan tempatan...
Kita lebih bangga menggagungkan budaya luar/asing..
Kita banga jika dapat memburukkan dan mencemar imej negara..
Kita bangga untuk membaca berita mengenai keburukan kerajaan oleh media asing..
Kita lebih sayangkan parti politik daripada agama dan negara kita..

Bila berurusan dengan kerajaan kita kenakan/caj harga yang tinggi..
Bila dapat projek kerajaan kita culas..
Bila berhadapan dengan polis kita "hulur"..
Bukak kilang-kilang haram yang memang tak pernah bayar cukai, lesen dll..
Bila negara menghadapi masalah ekonomi kita kata itu bukan masalah kita tetapi masalah kerajaan..
Bila submit borang LHDN kita "tipu"..

DAN TIBA-TIBA KITA BERKATA MALAYSIA NI NEGARA YG ZALIM???

By : Amat Ipoh... terima kasih mat..

Orang kita memang cam tu.

Salah sendiri tak pernah nak ngaku.

Kalau sokong parti politik, sokong melulu.

Tak kira salah ke betul, semua setuju.

Terutama PAS, DAP & PKR la, sokong parti macam orang dungu..

Apa yang kerajaan BN buat, salah selalu.

Kekadang, seorang dua pegawai kerajaan buat taik, habis semua lu orang sapu.

Sedangkan kerajaan, PM, tak tahu menahu.

Tak boleh la camtu.

Lu orang nak tuduh, kena la tengok dulu.

Takut nanti last-last lu orang jugak yang malu.

Tuesday, December 8, 2009

Nazri kata TDM "bloody racist"

Dari blog DEPA KATA

NAZRI SIFATKAN TDM RASIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mantan Perdana Menteri 'rasis betul' (dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'a bloody racist) kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sebelum ini.

“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.

“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” kata Nazri yang percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1Malaysia.

Tun ni pun satu, lain kali kalau nak cakap, suruh la sapa-sapa pi tanya Nazri dulu apa patut cakap. Sekarang ni kan dah kena...

Dan terlanjur bercakap bab ni, kita nak tanya Nazri...apa kata dengan benda-benda yang ada imej 'bloody racist' lain... ala, semua yang ada bunyi Melayu-Melayu tu kita pakat rombak biar betul-betul selari dengan 1Malaysia?

Tak pa, janji kita popular dan menang pilihan raya.

Nak rombak, nak tukar, kalau main celup tang tu, celup tang ni, tak guna. A
lang-alang seluk pekasam, takkan sampai jari saja kut..


Gua dah lama bengkek dengan si Nazri ni.

Pecat je la, tak yah tunggu lama2. Ni pengkhianat ni...

Kalau talam, lebih2 pun dua muka je, ini dah lebih dari 3 muka ni.

Perangai macam samseng ni tak yah la jadi menteri.

Pembangkang bukan takut pun dgn samseng macam ni.

Diorang pakat2 gelak je.

Lepas tu jadi modal diorang pulak nak menjatuhkan UMNO.

Zahid Hamidi & KJ

Semalam gua sempat baca blog House of PK, Parpukari.

Cerita pasal Zahid Hamidi yg suka sgt nak promote KJ jadi menteri.

Gua memang dah lama agak benda camni akan terjadi.

Dalam ramai2 menteri tu, mesti ada yang jadi duri.

Gua tau KJ tak akan berdiam diri.

Takkan dia nak tengok je Mukhriz & Razali.

So, berjalan la strategi.

Kali ni Zahid Hamidi yang jadi galang-ganti.

Lepas ni, agak2 korang sapa lagi?

Yang tak sedapnya, kabar angin bertiup katanya jadi Timb Menteri Pengajian Tinggi.

Aduhhh, ini kes naya ni.

Abis la IPTA kita jadi tempat melobi.

Kita hantar anak2 nak suruh mengaji.

Sudahnya karang, mengaji tak jadi, jadi penyokong KJ semua sekali.

YAB Dato Seri Najib, tolong la, abaikan aje cakap2 si Zahid Hamidi.

Next rombakan, harap2 nama diorang ni dah takde lagi.....

Heeee, ngeriiiiii !!!

Sunday, December 6, 2009

Dinner atas kapal

Alhamdulillah, dinner co. gua, settle semalam, seperti yang dirancang.

Memang banyak hiccups, tapi lega juga bila tengok muka sorang sorang.

Awalnya hujan lebat, tapi semakin reda bila beransur petang.

Sayangnya, ada communication breakdown antara pihak gua dgn pihak diorang.

Kitorang plan nak gerak awal, tapi masalah lain pulak mendatang.

Makanan pun tak siap lagi, dah pukul 7.30 baru siap dihidang.

Ada gak yang lewat datang, ada gak yang terus tak nampak bayang.

Yang tak nampak bayang, mungkin lah ada aral yang melintang.

Nasib baik ada bot laju standby untuk yang lewat datang.

Sessi karaoke berjalan lancar, apa taknya, dibayar RM10 bagi setiap lagu yang didendang.

Tak kesah la, suara merdu ke sumbang.

Lucky draw pun, nampaknya takde yang komplen, walaupun amaun dah kurang.

Yang penting semua pekerja dapat, kiranya semua la menang.

Finally, pukul 10, semua orang bergerak pulang.

Gua satu family, tak balik terus, ngeteh dulu, hehe, tadi makan tak kenyang.....

Friday, December 4, 2009

DAP

Tadi gua ingat nak tulis sikit pasal DAP yang kurang ajar tu.

Tapi rasa malas pulak, takde mood, takut nanti gua merapu.

Bkn apa, nak citer tentang kes pijak gambar ADUN yg keluar PR, kat muka pintu.

Macam tu ke orang yang patut dipilih jadi pemimpin kita.

Perangai macam celaka.

Lepas tu senang2 nak minta maaf, nak tutup cerita.

Yang mintak maaf bukan orang yg memijak, wakil dia aje.

Yang gua pelik, ada gak orang Melayu nak sokong DAP ni.

Apa lu orang ni, mata dah buta, telinga dah tuli?

Dah terang2, diorang ni otaknya letak di tapak kaki.

Time kempen suka2 je menabur janji.

Bukan susah pun, setakat berlaga lidah ngan gigi.

Lu orang pun apa lagi, bodo-bodo je pegi undi...

Last2 yang tergadai bangsa sendiri...

Thursday, December 3, 2009

Family Dinner atas kapal

Hari Sabtu ni, Insya Allah, dinner atas kapal akan jadi kenyataan.

Ini kali pertama company gua buat atas kapal, saja nak rasa kelainan.

Bukan jauh pun belayarnya, dari Danga Bay ke Tambak Johor,tiba semula 2 jam kemudian.

Aktiviti pun biasa aje, ada karaoke dan makan2.

Tapi door gift semua orang dapat, backpack lagi, boleh la tahan.

Pada yang tak pegi, memang tak dpt, rayuan takkan dilayan.

Tu la, sapa suruh taknak support aktiviti yg syarikat anjurkan.

Lu org ingat senang ke, dpt belayar, dpt lucky draw, dpt door gift, dpt makan?

Kepada yang akan pegi nanti, yang penting, jaga keselamatan.

Terutama yang bawak anak bini, jangan seronok sakan.

Bawak2 bertenang, kita cuma nak bersantai, rilek2, makan2.

Setidaknya, syarikat kita masih buat lagi acara macam ni, walaupun dah kelewatan.

Nanti bila dah dapat shopping voucher lucky draw, bolehla shopping sakan.

Sukahati lu orang la, nak beli baju ke nak beli ikan.

Tahun depan kita plan lain, Dinner & Family Day mungkin diasingkan.

Pegi jauh sikit kot, baru seronok jalan2.

Tengok la nanti, gua try proposekan.

Bulan 6 tahun depan, sekolah cuti 2 minggu kan?

Lu orang doa2 je la, mintak2 plan kita jadi kenyataan.

Wednesday, December 2, 2009

UMNO

Semalam gua sempat baca blog chedet, tentang UMNO tersayang.

Sedih bila baca satu point ke satu point, abis UMNO kena telanjang.

Lagi sedih bila yang mengata mengutuk adalah bekas pejuang.

Yelah, kalau dah bekas pemimpin kanan, mestila dah tua, perjalanan dah panjang.

Kenapa UMNO jadi macam ni? Sapa punya angkara, orang dalam ke yang jadi dalang?

Kalau orang dalam yang jadi dalang untuk merosakkan UMNO, biar gua je terajang.

Janganla jadi bodo macam pembangkang dan para penyokong pembangkang.

Kalau diikutkan sejak zaman mula ditubuhkan, prestasi UMNO memang cemerlang.

Cuma sejak kebelakangan ni je, dah goyang, macam nak tumbang.

Sapa punya keja ni? Sapa yang untung? Siapa yang bangang? Sapa yang terkangkang?

Para perasuah yang haram jadah tu, patut je ditendang.

Jangan dibiar bermaharajalela, duduk pulak dalam kerajaan, hidup senang lenang.

Orang lain dibiarkan merempat tepi longkang.

Perasuah macam ni, jangan dibagi peluang, bagi je pelempang.

Baru padan muka hang !!!

Tuesday, December 1, 2009

10 yrs service

Ari ni genap 10 tahun gua kerja kat kilang ni. Nama kilang - rahsia.

Macam2 pengalaman yang gua rasa, penuh suka dan duka.

Pahit manis semua ada.

Tak kurang yang menyakitkan hati dan memedihkan mata.

Gua pon tak tau boleh keja gini lama.

Dulu, lebih2 setahun dua je, paling lama pun tiga.

Takpe la, kalau dah rezeki gua kat sini, gua rela.

Lagipun dah tua, malas nak kemana-mana.

Stay je kat sini, sampai pencen, senang cerita.

Tapi kalau ada orang offer baik punya, gua amek, takkan nak wat bodo je...

Ok la..gua nak tulis voucher, long service award, dapat RM1,000, hehe...baik punyaaaa

Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih

Abis dah Nur Kasih malam ni.

Dah 6 bulan gua satu famili follow, tercongok depan TV.

Hari Jumaat malam, memang susah nak keluar, walaupun ada kenduri.

Tapi, kekadang miss juga, yelah, ada masa2 kita tak free.

Terpaksa gi outstation ataupun oversea.

Tragik gak ending citer ni, tapi still happy.

Sebab Adam ngan Aidil, dah baik dan balik pada isteri-isteri sendiri.

Lepas ni, tak tau la apa pulak cerita yang mengganti.

Harap2 biarlah Kabir Bhatia lagi, takpun, Shumi ataupun Afdlin Shauki.

Paling tidak pun, Adlin Aman Ramli.

Alamatnya, tercongok lagi la gua satu famili depan TV.

Friday, November 27, 2009

Korban

Raya haji tahun ni kat tempat gua, boleh tahan meriah.

Kat masjid jamek tadi, tak kurang 6 ekor lembu & 3 kambing tunggu masa nak cium tanah.

Kat tempat gua, 4 lembu 1 kambing, orang buat korban & aqiqah.

Gua tolong gak melapah.

Kena sikit la kat seluar gua, tahi lembu & darah.

Pisau lak tumpul, nasib baik ada batu asah.

Bila dah abis, semua dapat la sorang 1 kilo, bawak balik rumah.

Tulang pon gua amek sikit, buat sup sedap. Kalau rajin lah.

Yang best, kulit pon gua sesah.

Bini gua nak. Apa dia nak buat? Entah.

Alamak, Nur Kasih dah nak stat dah.

Ok lah, gua blah dulu lah.

Wednesday, November 25, 2009

Raya Haji

Lusa, Raya haji datang lagi..

Gua & famili hanya beraya kat rumah sendiri.

Mom-in-law & kakak gua ikut sekali, raya kat sini.

Jadi, ada 6 orang semua sekali.

Yang best raya haji ni, boleh takbir banyak kali, sampai 4 hari.

Cuti 3 hari, gua tambah setengah lagi.

Bukan apa, cuma nak gi pasar, beli lauk, serba serbi.

Rasanya, tak gi mana, lepas solat Raya & Jumaat, golek2 tengok TV...

Malam, tak boleh miss, Nur Kasih final episod minggu ni.....

Gua bukan jiwang beb, cuma suka pada cerita yang berseni dan ada jati diri....

Kepada yang baca blog gua ni, gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, jaga diri....

Tuesday, November 17, 2009

My Celebrity Home

Gua hari2 tido kul satu pagi.

Sebab, gua tengok TV. Channel 712, My Celebrity Home, start kul 12.00,

abis kul 12.50.

Rancangan ni pon best.

Sebab, banyak DIY. Kos cuma USD3,000. Tapi kena tiru rumah celebrity

yang bernilai puluhan ribu, takpun mgkn jutaan la kot.

Bukan satu rumah la, satu bilik je. Tapi kira dasat la sbb bajet 3000 jek.

Lu orang ada masa, tengok ah...Ahad sampai Jumaat, Sabtu ada citer lain.

Tak rugi beb. Terbukak minda lu orang  kalau tengok citer ni.

Minda gua dah penuh ngan idea ni, duit je lom ada lagi...

Lu orang ada duit? Derma sket....

Thursday, November 12, 2009

Home Decor Survivor

Lu orang penah tengok rancangan ni? NTV7 hari khamis 11.00 mlm.

Gua selalu tengok. Kdg2 smpai abis. Kekadang tgk sekerat jalan, gua tido.

Tp gua selalu tgk... best rancangan ni...

Dua org apek s'pore ni dpt assignment utk makeover umah org. Bajet Sing Dollar 6,000 satu rumah.

Mark ngan Brian. Diorang ni, especially Brian memang talented. Yg best bila diorang buat DIY.

Bila compare ngan M'sia punya, Eric Leong / Azhar Sulaiman / Saiful Bahri, gua lagi suka tgk yg ni.

Bkn apa, gua suka DIY tu. Eric Leong mana ada DIY. Gi kedai, beli, pasang. Pastu, surprise!!!!

Bilalah kat M'sia ni kita dpt tgk rancangan tempatan yg tunjukkan skil DIY, low cost tp cantik?

Org m'sia pon suka sgt ngan deko bersama eric. Actually aku pon suka, there's nothing wrong with Eric.

Tp dah format rancangan dia camtu, nak wat camne....

Tuesday, November 10, 2009

Nasib baik ....

Gua hangin tul ngan satu mamat drebar bas tu.

Klu tak pikir panjang ari tu, mgkn tido balai gua Ahad tu.

Sebab, belasah orang.

Nak citer panjang sgt, malas pulak...

Pendekkan citer, gua mmg marah tahap membunuh punya.

Sebab, nyawa anak gua diperjudikan.

Nasib baik semua selamat.

Kalau jadik apa2 ari tu, memang gua gerenti mamat tu berenti bawak bas.

Memang memancut kicap masin dari kepala dia....

Nasib dia baik.

Nasib gua pon....

Orang tua (81) bunuh bini

Apa dah jadi kat Kedah? Suami ke-11 bunuh isteri umur 73 tahun.

Pelik bebenor! Yang arwah tu pon kenapa nak mintak cerai?

11 suami pulak tu. Bukan gua nak mengumpat orang yang dah mati, tak.

Tapi, kalau banyak kali kawin, mesti ada sebab. Laki mati, laki ceraikan,

laki tinggalkan, sendiri mintak cerai....

Kot ya pon tak nak bercerai, yang hang pi tikam dia buat apa?

Ni lah susah, dah tua-tua pon masih kurang pertimbangan.

Yang muda lagi la pulak.....haiii dunia-dunia...

Bangang!!

Bangang !!!!

Bukan gua, orang lain. Gua tak, gua ok.

Lu tau sapa yg bangang?

Jgn tanya gua, gua malas nak jawab. 

Tapi gua tau......

Update

Dah lama gua tak update blog.

Gua blank.

Lu orang ada idea?

Cerita la sket...

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010

Apa cerita bajet Tok Najib hari ni?

Nanti malam la tengok berita.

Sekarang tengah keja, tak leh nak follow....huhuhu.

Rega rokok naik lagi ker?

Hai....tak berasaplah muncung........

Tuesday, October 20, 2009

Mangkuk hayun

Aku bengkek!

Kenapa mesti ada orang bertaraf mangkuk hayun?

Pandai cari salah orang je. Mintak solution, senyap.

Lain kali, baik diam. Bior nampak bodo, tak pe!

Daripada bercakap bende-bende bodo. Ketara bodonya !!!

Mangkuk !!

Friday, October 16, 2009

ISO Audit

Semalam dept gua kena audit ISO. Dpt 3 obs. Hampeh!

Hari ni patut gua audit dept org lain. Tapi kena postpone. Hampeh jugak!

Ari Selasa nanti baru gua audit diorang. 

Kalau kena postpone jugak, memang hampeh la namanya.

Kenapa sebok sgt nak ada ISO? Takde pon takpe.

Dahlah customer semua sesama sendiri, internal, bukan org lain.

Wat pe nak ISO? Ngade-ngade betol la diorang ni..

Kerja macam taik jugak. Buat ISO masa nak audit jek. 

Hampeh! Hampeh! Hampeh!...

MCA

Ong Tee Keat tak nak letak jawatan. tetap nak jadi presiden.

Liow Tiong Lai dilantik jadi timbalan.

Amende la si Tee Keat ni? 

Orang dah tak suka, blah je la. 

Open House

Syawal dekat nak abis dah.

Makin banyak pulak gua dpt jemputan open house.

Malam tadi ada, malam ni pun ada.

Esok tengahari ada, malam esok ada tahlil pulak.

Hari Ahad pun ada juga.

Best! best! best! Kata bini gua. Tak yah masak!

Best! best! best! kata gua. Jimat bajet.

Tima kasih kawan2, kerana jemput gua satu famili, makan free.

Thursday, October 15, 2009

Persidangan UMNO

Orang2 UMNO tengah sibuk bersidang.

Apa yang akan diusulkan?

Apa yang akan dipinda?

Kita tunggu je lah......

Blog baru

Hari ni gua buat blog baru....

kenapa? gua pon tak tau...