Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Tuesday, December 8, 2009

Nazri kata TDM "bloody racist"

Dari blog DEPA KATA

NAZRI SIFATKAN TDM RASIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mantan Perdana Menteri 'rasis betul' (dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'a bloody racist) kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sebelum ini.

“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.

“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” kata Nazri yang percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1Malaysia.

Tun ni pun satu, lain kali kalau nak cakap, suruh la sapa-sapa pi tanya Nazri dulu apa patut cakap. Sekarang ni kan dah kena...

Dan terlanjur bercakap bab ni, kita nak tanya Nazri...apa kata dengan benda-benda yang ada imej 'bloody racist' lain... ala, semua yang ada bunyi Melayu-Melayu tu kita pakat rombak biar betul-betul selari dengan 1Malaysia?

Tak pa, janji kita popular dan menang pilihan raya.

Nak rombak, nak tukar, kalau main celup tang tu, celup tang ni, tak guna. A
lang-alang seluk pekasam, takkan sampai jari saja kut..


Gua dah lama bengkek dengan si Nazri ni.

Pecat je la, tak yah tunggu lama2. Ni pengkhianat ni...

Kalau talam, lebih2 pun dua muka je, ini dah lebih dari 3 muka ni.

Perangai macam samseng ni tak yah la jadi menteri.

Pembangkang bukan takut pun dgn samseng macam ni.

Diorang pakat2 gelak je.

Lepas tu jadi modal diorang pulak nak menjatuhkan UMNO.

No comments:

Post a Comment