Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Our advice to PM (for the benefits of UMNO & all the people)

Monday, April 26, 2010

Yess!!! Kamal menang!

Menang juga YB P Kamalanathan di P094 Hulu Selangor semalam, walaupun dengan majoriti cuma 1725 undi saja. BN 24,997 PKR 23,272. 

Tahniah kepada YB Kamal, Dato Najib, TS Muhyidin dan seluruh jentera BN yang berkampung siang malam di Hulu Selangor bagi memastikan kemenangan BN.

Betul, kita menang kerana majoriti rakyat HS memilih BN dan masih percaya dengan BN. Tapi cuma lebih 1725 orang sahaja, walaupun tak termasuk 15,565 yang tidak turun mengundi dan 731 undi rosak.

Kalau semua turun mengundi, dan kesemua 15,565 mengundi BN dan undi yang rosak itu juga kalau tak rosak juga memangkah BN, masih ada 23,272 atau 36% penduduk Hulu Selangor yang menyokong PKR.

Gua langsung tak paham kenapa masih ada yang tak nampak buruknya PKR, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Hebat sangatkah hujah2 mereka tu, sampai tertutup hati dan mata rakyat HS, sampai tak terfikir ke apa yang dah berlaku di Selangor terutamanya di HS selama PKR berkuasa disana?

Tak baca internet ke mereka di HS tu? Atau mereka cuma berminat membaca blog-blog penuh fitnah oleh blogger pro-PR?

Gua tergelak dengan pandangan pro PR dalam banyak blog, mereka cakap, apapun mereka tetap akan undi orang Melayu walau siapa pun dia. Sebabnya, dia nak YB tu bacakan Al-Fatihah kalau dia mati nanti...kahkahkah.... apa korang ingat si Zaid tu nak ke turun padang bacakan Fatihah kat korang? Jangan haraplah, kalau masa kempen mungkin la... alangkah bongoknya statement mcm tu...

Bila disorot kembali PRU 2008 dulu, pengundi PKR adalah sebanyak 23,177, bermakna kali ini bertambah 95 orang lagi penyokong mereka. Gua ingat dah semakin kurang orang yang bongok, tapi makin bertambah, sama ada mereka itu orang yang sama atau dah bertukar orang lain, tiada siapa tau sebab undi tu rahsia.

Makanya, gua nak ingatkan BN, supaya jangan seronok sangat. Kemenangan 1725 memang patut dirayakan, tetapi jangan terleka, jangan alpa, PRU 13 bukan jauh sangat lagi. Jangan peristiwa Ijok berulang. 

Apa pun, cerita Hulu Selangor sepatutnya dah selesai. YB Kamal dah patut mulakan tugas walaupun belum angkat sumpah di Parlimen.

Sekarang ni, kes liwat Anwar CIFUT dengan Saiful, apa cerita? Bila agaknya dapat si CIFUT ni balik semula ke Universiti Sungai Buloh berjumpa dengan kawan2 lama kat dalam tu? Dah naik menyampah dan jijik gua tengok muka dia kdg2 keluar kat TV.

Friday, April 23, 2010

JIka Perkauman Menjadi Isunya

Dok baca-baca komen dalam blog-blog lain terjumpa komen berikut yang sgt menarik perhatian gua.... 

Daripada Anon 1.50 , dlm blog Paneh Miang, baca sini

Gua copy & paste kat sini...

Jika perkauman menjadi isunya, maka
Lebih baik undi India yg tunduk pada Melayu,
daripada undi Melayu yang tunduk pada DAP...

Jika Islam menjadi isunya, maka
Lebih baik undi India yg tak bising pasal azan,
daripada undi Melayu yg org kuatnya (DAP) tak tahan dengar azan...

Jika arak isunya, maka
Lebih baik undi India yg tak campurtangan rampasan arak di Selangor,
daripada undi Melayu yg menjadi pak turut kata org (DAP) yg menentang rampasan arak...

Timbang2 la melayu hulu selangor...
jgn sampai satu hari nanti, 
wakil Melayu tp tak melayu pun,
wakil Melayu tp azan da tak kedengaran da...
wakil Melayu tp penguatkuasa tak boleh rampas arak...

Kita terpaksa menarik rambut dalam tepung...


Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor - sapa bangang, undilah Zaid!

Sungguh kelakar calun PKR kali ni. 

Gua malas nak cakap banyak, nanti kena saman.

Cuma gua nak gelak je kuat-kuat....

kahkahkahkahkahkahkah...

Bodo punya Anwar, itu aje ke calun yang berwibawa dlm PKR?

Undilah dia kalau korang dah bangang sangat!! Konfem melingkup hulu selangor

kalau dia ni yang korang undi sampai menang....